Woven Label Damask vs Woven Label Satin

Dalam industri pembuatan tag label untuk pakaian, terdapat pelbagai jenis tag label yang digunakan oleh pengeluar atau pemilik jenama produk untuk memperkenalkan jenama mereka kepada umum. Antaranya adalah seperti tag label jenis printed, rubber, metal tag, acrylic tag, leather, iron on label dan banyak lagi.

 

Antara jenis tag label yang popular dan banyak digunakan secara meluas adalah seperti jenis WOVEN atau label tenun. Untuk pengetahuan, label jenis WOVEN atau tag label tenun ini ada 2 jenis kualiti iaitu:

  1. Damask Quality
  2. Satin Quality

Damask Quality

  • Texture tag label tenun atau woven damask ini lebih lembut kerana dibuat daripada campuran benang cotton dan polyester.
  • Boleh dibuat dalam pelbagai size dan bentuk dengan menggunakan mesin khas.
  • Warna latar (background color) untuk damask ini boleh terdapat banyak pilihan warna.

Sebahagian warna benang yang digunakan untuk membuat woven damask

 

Satin Quality

  • Texture woven satin lebih keras kerana material satin yang lebih tebal.
  • Size ribbon satin adalah terhad dan tidak banyak pilihan size (lebar)
  • Warna latar (background color) juga terhad kerana ada 2 jenis warna ribbon satin sahaja iaitu warna putih dan hitam. Warna design banyak pilihan.

 

Contoh tag label woven dengan kualiti Satin.

Perbezaan antara tag label woven damask dan juga woven satin