Hi pembaca blog labelmini.
Hari ni saya ingin berkongsi sedikit panduan bagaimana untuk memilih jenis tag label pakaian yang sesuai untuk produk anda. Jika anda perhatikan semua jenis pakaian, tak kira sama ada baju, seluar, tudung, scarf dan sebagainya yang termasuk dalam kategori pakaian, anda akan dapati di suatu sudut akan ada satu tanda nama yang bersaiz kecil, dalam pelbagai bentuk (kebiasaannya berbentuk segi empat) yang selalu dipanggil sebagai tag label.
Tag label ini biasanya dibuat daripada beberapa jenis material yang asli seperti cotton, metal atau bahan sintetik seperti satin, polyester, acrylic, nylon, rayon, acetate, spandex, latex, Orlon and Kevlar. Ada juga tag label ini dibuat kedua-dua bahan asli dan sintetik dan sudah tentu kualiti yang dihasilkan adalah berbeza.
Dalam banyak jenis material ini, kebiasaannya yang selalu digunakan oleh adalah daripada jenis campuran cotton dan polyester kerana bahan ini paling murah dan mudah diperolehi disamping pembuatannya yang tidak rumit. Teknik pembuatan tag label ini adalah secara sulaman (woven) dengan menggunakan mesin khas.
Ada 3 jenis tag label utama yang biasa dibuat oleh pengilang iatu jenis woven damask, woven satin, printing label.
Jadi, apakah label yang sesuai untuk produk anda?
Sebenarnya, untuk membuat tag label dengan jenama anda sendiri, yang pertama sekali sudah tentu anda ingin yang berkualiti supaya produk anda nampak lebih eksklusif. Jadi, pilihan yang utama yang digunakan sejak berzaman adalah daripada jenis woven damask/woven satin. Label jenis woven ini boleh disesuaikan pada semua jenis fabrik dan produk berasaskan pakaian. Kos untuk membuatnya juga tidak terlalu tinggi berbanding dengan tag label jenis besi, metal tag.
Selepas mengetahui jenis material tag label yang sesuai, tentu anda ingin pilih warna dan bentuk design supaya jenama anda lebih menyerlah bukan? Pemilihan warna dan rekabentuk corak atau jenama amat penting kerana disinilah produk anda akan dikenali.
Warna yang paling ramai dibuat tag label ini adalah hitam dan putih. Warna ini sangat sesuai untuk dipadankan pada semua jenis warna pakaian. Namun begitu, ada juga yang memilih warna lain seperti silver dan gold.
Jenis tulisan juga memainkan peranan penting dalam pembuatan tag label ini kerana jika memilih jenis tulisan yang tidak sesuai, ianya akan menyebabkan jenama anda susah dikenali. Contohnya seperti tulisan yang berbentuk caligraphy yang bersambung-sambung, banyak warna dan terlalu banyak info pada tag label yang kecil.
Tag label yang terbaik adalah yang ringkas, mempunyai 1 atau 2 baris maklumat sahaja seperti jenama dan pembuat. Warna tidak terlalu banyak. Cukup hanya 3 warna sahaja.