Soft Rubber Tag Label

Membuat tag label pakaian daripada getah lembut dengan pelbagai warna dan berkualiti tinggi. Diperbuat daripada material seperti getah, silikon rubber. Label ini sangat lembut untuk disentuh, dan boleh didapati dalam pelbagai warna terang, putih, hitam, atau lutsinar. Label 3D bergetah lembut ini adalah sempurna untuk menyatakan pengenalan jenama produk pakaian atau aksesori. Tag label getah 3D ini biasanya dijahit pada bahagian luar pakaian sukan, beg dan peralatan luar. Label getah 3D ini boleh dibuat dengan pelbagai warna, bentuk, dan logo timbul.