Kenali jenis label pakaian

Salam hormat kepada semua pelawat LabelMini.com

Sebelum membuat tag label pakaian pada produk anda, di sini  kami kongsikan beberapa ciri penting yang patut ketahui supaya pemilihan label yang dibuat adalah tepat dan bersesuian dengan produk anda.

Terdapat beberapa pilihan dalam memilih jenis material untuk label pakaian. Material yang paling biasa ialah satin, taffeta, organic cotton dan damask. Jenis-jenis label ini mempunyai rupa, rasa (apabila disentuh/pegang) dan ‘thread count’ yang tersendiri. 

Thread count merujuk kepada bilangan benang yang disulam dalam setiap inci persegi. Istilah mudahnya ialah ketebalan serat (fiber = benang). Selain itu, satu perkara lain yang penting untuk dipertimbangkan apabila memilih label  ialah ‘denier’. Denier merujuk kepada berat serat.  Jadi, sekeping label yang tinggi mutunya adalah yang mempunyai ‘thread count’ yang tinggi dan denier yang rendah. Dengan kata lain, label ini disulam dengan kemas (high thread count) tetapi sangat ringan (low denier).

SATIN

Material satin mempunyai ‘thread count’ yang rendah. Seratnya lebih besar dan hasil sulaman tidak sehalus atau sejitu jenis label lain. Label sulam satin adalah sedikit ‘kasar’ dan’keras’ bila disentuh berbanding label jenis lain (boleh menyebabkan kesan gatal kepada oarng yang kulit sensitive). Walaupun begitu, satin mempunyai kesan kilat dan licin.

 Kegunaan:

  • Semua jenis pakaian
  • T-shirts

 

TAFFETA

Material TAFFETA mempunyai thread count yang rendah. Seratnya lebih kecil daripada satin. Material ini kurang berkilat seperti satin. Tetapi ia tahan lasak. Lebih banyak digunakan untuk produk yang tidak bersentuhan dengan kulit

 Kegunaan:

  • Outerwear
  • Work wear
  • Uniforms
  • School badge
  • Industrial applications

 

COTTON

‘Organic’ atau “natural cotton’ pula mempunyai thread count yang sederhana. Walau bagaimana pun, oleh kerana material ini dari bahan semulajadi, ia lebih lembut daripada benang sintetik buatan manusia. lebih kerap dibuat secara ‘printed’ berbanding sulam.

Kegunaan:

  • All types of clothing
  • Handmade items
  • Eco-friendly items
  • Novelty items (stuffed toys, dolls, etc…)

DAMASK

Damask mempunyai thread count yang paling tinggi berbanding jenis lain. Ini adalah material yang paling biasa digunakan untuk label sulam kerana ia sangat lembut dan tidak merimaskan apabila bersentuh dengan kulit. Terdapat dua jenis damask. Damask biasa mempunyai 100 denier atau 75 denier. Satu lagi ialah 50 denier yang juga dikenali sebagai ‘high definition damask’. Ciri serat yang halus yang dimilik oleh damask membolehkan apa jua rekabentuk (design) label disulam dengan jitu dan halus lalu menghasilkan label yang lembut, cantik dan berkualiti tinggi.

Kegunaan :

  • All type of clothing
  • Sportswear
  • Designer Couture
  • Children’s wear
  • Handbags

Kredit artikel: Label Baju Malaysia