Amat penting membina jenama perniagaan!

Zaman ini, jenama adalah amat amat amat penting. 3 kali AMAT lagi tu…

  • Zaman ini, persaingan adalah amat tinggi
  • Zaman ini, kita terdedah lebih daripada 2000 iklan sehari
  • Zaman ini, terlalu banyak media promosi- tv, radio, internet, majalah, akhbar… dll
  • Zaman ini, terlalu banyak saluran promosi- tv berbagai channel, radio berbagai channel, inetrnet terlalu banyak laman web dan media sosial, makin banyak majalah & akhbar… etc…

Dengan semua ini berlaku setiap hari, bagaimana perniagaan anda akan berjaya?

Jawapannya adalah jenama. Bila anda membina jenama perniagaan anda, perniagaan anda akan stand out from a crowd. Lihat di sekeliling kita. Ada tak perniagaan yang berjaya yang tidak mempunyai jenama?

bina jenama

Sedihnya di Malaysia, tidak banyak perniagaan tempatan yang berjaya membina jenama. Sebab itu juga tidak banyak perniagaan yang bermula kecil-kecilan tempatan yang berjaya berkembang ke luar negara. Ini kerana, ilmu penjenamaan tidak dikirakan penting oleh banyak perniagaan.

Kebanyakan perniagaan hanya memikirkan untuk mendapat keuntungan pantas, dan tidak membina jenama untuk jangka panjang.

Membina jenama memerlukan strategi dan proses yang lama. Jenama saya “Irfan Khairi” tidak dibina semalaman… ataupun sehari dua… tetapi memakan masa bertahun-tahun juga. Lihat blog ni pun dah ditulis sejak 2006… untuk membina jenama 😉

Satu kunci jenama adalah, adalah, anda perlu ALL OUT di tahap awal pelancaran jenama. Apabila dah ALL OUT, ianya menjadi mudah untuk maintain sesuatu jenama itu di masa akan datang. Bayangkan seumpama satelit yang dibawa oleh roket yang lift offdari bumi. Ia memerlukan banyak tenaga dan kuasa pada permulaan untuk dilancarkan ke ruang angkasa.

Tetapi, apabila roket tersebut tiba di atmosfera, tiada lagi kuasa dan tenaga yang kuat diperlukan oleh graviti akan membawa satelite tersebut di ruang angkasa.

Membina jenama memerlukan kesabaran, teknik dan juga strategi untuk menghasilkan jenama perniagaan yang terbaik.

Sememangnya usaha diperlukan, tetapi usaha yang dilaburkan untuk membina jenama adalah amat-amat berbaloi dari segi keuntungan yang berlipat kali ganda dan juga jangka panjang.

 

Sumber artikel:

https://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/mengapa-membina-jenama-perniagaan-adalah-penting/