Custom Woven Label Malaysia – Sentuhan Premium Untuk Jenama Pakaian Anda

Adakah anda pemilik jenama fesyen, tudung, atau beg yang mahukan produk kelihatan lebih profesional dan eksklusif? Custom woven label (label baju tenun) adalah jawapan terbaik untuk memberikan impak high-end pada setiap rekaan anda.

Di Label Mini Trading, kami membekalkan label tenun berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan material dan lipatan yang mengikut spesifikasi tepat produk anda.

Kenapa Perlu Pilih Woven Label Berbanding Label Biasa?

Woven label dihasilkan menggunakan mesin tenunan khas di mana logo dan teks anda ditenun terus menggunakan benang, bukannya dicetak (printed). Ini memberikan beberapa kelebihan utama:

  • Tahan Lama & Tidak Pudar: Warna dan bentuk label kekal walaupun selepas beratus kali dibasuh.
  • Kelihatan Eksklusif: Memberikan persepsi nilai yang tinggi (perceived value) kepada pelanggan anda.
  • Selesa Pada Kulit: Tekstur yang lembut dan tidak gatal, sangat penting untuk keselesaan pengguna.

Pilihan Material Woven Label Terbaik

Kami menawarkan tiga jenis material utama mengikut kesesuaian bajet dan identiti jenama anda:

Woven Damask (Paling Popular)

Material yang paling kerap menjadi pilihan jenama besar. Mempunyai kepadatan tenunan yang sangat rapat (high density) menggunakan benang halus, menjadikannya sangat tajam untuk logo yang renek atau tulisan kecil.

Woven Satin

Memberikan kesan kilauan (shiny) yang mewah dan tekstur yang sangat lembut. Sangat sesuai untuk pakaian bayi, pakaian malam, atau tudung premium.

Taffeta

Pilihan yang lebih mesra bajet dengan gaya tenunan klasik. Sesuai untuk label arahan basuhan (care label) atau jenama yang mahukan konsep vintage.

Jenis Lipatan & Potongan (Folding Options)

Suaikan cara jahitan label mengikut rekaan pakaian anda. Berikut adalah pilihan lipatan yang kami sediakan:

Spesifikasi & Cara Tempahan

Untuk memastikan hasil tenunan yang sempurna, kami mengikut standard industri seperti berikut:

  • Pilihan Saiz Lebar: 10mm, 15mm, 20mm, hingga 30mm (Panjang mengikut kesesuaian reka bentuk).
  • Ketepatan Warna: Kami memadankan warna benang berdasarkan sistem Pantone Matching System (PMS).
  • Format Reka Bentuk (Artwork): Fail design mestilah dalam format jpeg/png/pdf dengan resolution tinggi dan gambar jelas.  Kalau ada format vektor seperti Adobe Illustrator (.ai) lagi baik dan semua tulisan perlu di-create outlines untuk mengelakkan ralat.

 

Soalan Lazim (FAQ) – Woven Label

S: Berapakah minimum order (MOQ) untuk woven label?

J: Minimum order kami adalah sangat fleksibel dan mesra usahawan baru. Sila hubungi team kami untuk jumlah MOQ terkini.

S: Berapa lama proses siap selepas design disahkan?

J: Proses tenunan mengambil masa sekitar 2 hingga 3 minggu bergantung kepada giliran kilang dan kerumitan design.

S: Boleh saya masukkan maklumat care label sekali pada woven label?

J: Boleh. Biasanya pelanggan akan memilih jenis Center Fold di mana bahagian depan diletakkan logo jenama, dan bahagian belakang diletakkan arahan basuhan atau saiz (S, M, L, XL).