Label Mini Trading

Dimanakah tempat yang biasa anda buat lencana baju sekolah?

Kebiasaannya lencana baju sekolah dijual melalui guru sekolah, atau kedai koperasi sekolah. Jarang ada orang buat lencana baju sekolah sendiri kerana lencana baju sekolah atau tanda nama sekolah ini telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti logo, warna, bentuk, tulisan tertentu dan sebagainya mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Material untuk tag label lencana sekolah ini biasanya menggunakan jenis Taffeta. Ianya lebih nipis berbanding jenis damask.

Setiap sekolah mempunyai lencana tertentu yang wajib ditampal, atau dijahit pada baju sebagai tanda pengenalan sekolah. Setakat ini belum pernah lagi ada sekolah yang tidak mempunyai lencana. Lencana ini biasanya ditukar setiap tahun terutamanya oleh pelajar baru yang masuk sekolah.

Tempahan tag label tanda nama lencana sekolah (badge school) melalui label mini ini boleh dibuat dalam jumlah yang minimum 100pcs sahaja. Tetapi untuk dapatkan harga yang lebih murah, biasanya pelanggan akan tempah lencana sekolah ini dengan jumlah kuantiti yang banyaka, biasanya 1000pcs. Harga jauh lebih murah berbanding tempahan dengan kuantiti sedikit kerana koas pembuatannya agak kompleks menggunakan mesin khas.

Bagaimanakah caranya untuk menampal lencana pada baju sekolah? Ada pelbagai teknik yang digunakan. Biasanya orang jahit. Tapi ada juga yang tampal gam. Material lencana sekolah ini ada dua jenis iaitu taffeta dan damask. Material biasa yang digunakan adalah dari jenis Taffeta, seperti satin tapi lebih nipis berbanding damask.

Untuk buat tag lencana sekolah ini, sila hubungi kami untuk dapatkan harga terbaik.

Email ke labelmini@gmail.com atau whatsapp http://wasap.my/601121837876/labelmini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Whatsapp Me